Bacaan Panjang Pendek

Pada kursus kali ini Ustaz Zakaria akan menerangkan tentang simbol. Terdapat 3 komponen dalam Al-Quran iaitu vokal, konsonan dan simbol. Salah satu simbol yang diterangkan dalam kursus ini ialah simbol sukun (mati).

Di dalam kursus ini juga Ustaz Zakaria akan mengajar tajwid iaitu bacaan panjang pendek dengan menggunakan tarian. Tarian yang terlibat dalam kursus ini adalah ketuk pipi, buka pintu dan tarian cacing. Anda akan belajar bacaan 1 harakat, 2 harakat atau 6 harakat melalui tarian, nyanyian & pergerakan.

Anda tidak perlu menggunakan iqra atau muqaddam serta tidak perlu ingat hukum – hukum tajwid di dalam kaedah Haraki. 

Apa yang akan anda dapat:

  • Membezakan bacaan panjang dan pendek
  • Boleh mengenal potongan ayat dengan kadar bacaan panjang dan pendek yang betul

Siapa yang boleh belajar KOHUZ?

  • Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar al-Quran
  • Tiada had umur
  • Yang sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk belajar mengaji
  • Jarak yang jauh untuk hadir ke kelas
  • Masih “merangkak-rangkak” dalam membaca al-Quran
  • Malu sebab dah berumur tetapi masih tidak tahu membaca al-Qura
1
Kisah Kematian
12 minit

Kisah kematian ini adalah tentang simbol mati/sukun.

2
Ketuk pipi
11 minit

Ketuk pipi dilakukan apabila tiada huruf ا و ي , ada mati (sukun) dan apabila ada tanwin. Ia dibaca pendek (1 harakat).

3
Buka Pintu
10 minit

Dibaca 2 harakat apabila bertemu huruf Alif Wau atau Ya yang tiada sebarang simbol diatasnya atau bertemu huruf Alif Wau Ya kecil.

4
Cacing
10 minit

Bila berjumpa tanda seperti cacing (~) di atas huruf Alif Wau Ya maka hendaklah dibaca panjang lebih daripada 2 harakat samaada 4/5/6 harakat.

Jadi orang pertama untuk berikan ulasan atau cadangan

Please, login to leave a review