Buka Payung

Kursus ini menerangkan tentang cara untuk berhenti (waqaf) apabila membaca al-Quran dengan betul menggunakan tarian. 3 jenis tarian di pertengahkan iaitu buka pintu ketika waqaf, tepuk dan tekan serta payung terjun. Setiap pergerakan perlulah diikut untuk memudahkan kefahaman anda semua. Setiap simbol dan huruf mempunyai cara bacaannya tersendiri apabila hendak berhentikan bacaan samaada bacaan panjang atau pendek.

Apa yang akan anda dapat:

  • Mengetahui cara berhenti (waqaf) yang betul
  • Membaca potongan ayat dengan betul

Siapa yang boleh belajar KOHUZ?

  • Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar al-Quran
  • Tiada had umur
  • Yang sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk belajar mengaji
  • Jarak yang jauh untuk hadir ke kelas
  • Masih “merangkak-rangkak” dalam membaca al-Quran
  • Malu sebab dah berumur tetapi masih tidak tahu membaca al-Quran
1
Buka Pintu ketika berhenti
9 minit

Buka pintu (2 harakat) ketika berhenti (waqaf) bacaan perlu dilakukan apabila di akhir ayat terdapat huruf alif kosong atau alif kecil, sekiranya berbaris dua di atas maka dibuang satu baris menjadi satu sahaja dan tarian buka pintu juga dilakukan ketika waqaf pada hamzah tanwin berbaris atas.

2
Tepuk dan Tekan
9 minit

Tepuk & tekan dilakukan ketika hendak memberhentikan bacaan. Ia dilakukan apabila berhenti (waqaf) pada huruf qalqalah yang bertasydid ب ق yang mempunyai simbol syaddah.

3
Payung Terjun
9 minit

Payung terjun dilakukan apabila memberhentikan bacaan pada huruf و atau ي yang bertanda mati (sukun).

Jadi orang pertama untuk berikan ulasan atau cadangan

Please, login to leave a review
Berminat untuk Belajar
Get course
Sedang Belajar: 12 pelajar
Tempoh masa: 45 minit
Kuliah: 3
Video: 10 minit
Tahap: Biasa