Dengung

Kenapa kena dengung? Nak dengung berapa harakat? Bila jumpa apa yang perlu didengungkan?

Kursus ini lebih mengfokuskan pada bacaan dengung yang melibatkan tarian tajwid genggam, genggam & goncang serta silang.

Setiap tanda yang mengandungi syaddah (sabdu) hendaklah ditekankan  bacaannya pada huruf yang sebelumnya. Apabila berjumpa dengan simbol sabdu ini mata perlu segera memandang huruf di hadapan. Jika ada syaddah (sabdu) perlu diutamakan kepada syaddah walaupun ada simbol baris dua yang senget atau 99. Cara bacaannya ialah dengan memasukkan ke dalam huruf berikutnya.

Dalam kursus ini juga anda akan belajar membezakan bacaan tanwin (baris dua senget dan tegak) dan beza bacaan apabila berjumpa dengan Mim/Nun mati dengan Mim/Nun tiada mati. Cara bacaannya terbahagi kepada dua iaitu tarian silang (2 harakat) dan tarian ketuk pipi (1 harakat).

Apa yang akan anda dapat:

  • Membaca ayat yang mengandungi syaddah dengan betul
  • Dapat membezakan sebutan antara Nun/Mim syaddah dengan selain daripada Nun/Mim syaddah
  • Membezakan bacaan baris dua senget dan tegak
  • Membezakan bacaan tarian silang atau tarian ketuk pipi

Siapa yang boleh belajar KOHUZ?

  • Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar al-Quran
  • Tiada had umur
  • Yang sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk belajar mengaji
  • Jarak yang jauh untuk hadir ke kelas
  • Masih “merangkak-rangkak” dalam membaca al-Quran
  • Malu sebab dah berumur tetapi masih tidak tahu membaca al-Quran
1
Genggam
11 minit

Ustaz Zakaria akan menerangkan tentang tarian genggam. Ia dilakukan apabila berjumpa dengan syaddah/sabdu yang terletak di atas huruf selain Mim/nun. Bacaan ditekankan pda huruf yang terdapat sebelum syaddah.

2
Genggam dan goncang
10 minit

Genggam & goncang dilakukan apabila berjumpa dengan huruf Nun/mim yang mempunyai syaddah/sabdu. Bacaan mestilah ditekan dan wajib didengungkan (mengeluarkan bunyi melalui hidung) dalam tempoh 2 harakat.

3
Silang Bahagian : 1
10 minit

Tarian silang dilakukan apabila berjumpa tanwin (baris dua atas atau bawah yang senget/tidak selari dan simbol 99). Anda harus bersedia untuk menyebut huruf yang berikutnya.

4
Silang Bahagian : 2
10 minit

Video silang bahagian 2 ini akan menerangkan tentang cara bacaan apabila tanwin bertemu dengan Nun/Mim kosong.

5
Silang Bahagian : 3
10 minit

Video kesinambungan dari silang 1 & 2. Ustaz Zakaria akan menerangkan tentang tarian silang apabila berjumpa dengan huruf mim ( م ) kecil sebelum huruf ب

Jadi orang pertama untuk berikan ulasan atau cadangan

Please, login to leave a review