Haa Tepuk

Kursus kali ini ustaz akan menerangkan tentang cara bacaan untuk berhenti (waqaf) apabila membaca al-Quran dengan betul menggunakan tarian. Dalam kursus ini, 3 tarian akan diajarkan iaitu mematikan bacaan dengan ketuk pipi, good job serta depa dan tepuk. Terdapat simbol atau huruf pada kalimah samaada di akhir ayat ataupun di tengah-tengah ayat yang harus diketahui untuk kita berhentikan bacaan. 

Apa yang akan anda dapat:

  • Mengetahui cara berhenti (waqaf) yang betul
  • Membaca potongan ayat dengan betul

Siapa yang boleh belajar KOHUZ?

  • Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar al-Quran
  • Tiada had umur
  • Yang sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk belajar mengaji
  • Jarak yang jauh untuk hadir ke kelas
  • Masih “merangkak-rangkak” dalam membaca al-Quran
  • Malu sebab dah berumur tetapi masih tidak tahu membaca al-Qura
1
Dimatikan dengan ketuk pipi
10 minit

Video kali ini akan membicarakan cara berhenti (waqaf) bacaan. Ketuk pipi dilakukan apabila di akhir ayat terdapat tanda mati (sukun). Bacaannya mestilah dengan membuang baris (huruf vokal) huruf terakhir tanpa mengabaikan sifat huruf tersebut.

2
Good Job
9 minit

Good job ialah matikan bacaan. Ia dilakukan apabila hendak berhenti ketika ada kalimah ا و ي yang kosong atau ا و ي kecil .

3
Depa dan Tepuk
8 minit

Depa & tepuk ini adalah cara untuk berhenti (waqaf) bacaan. Ia dilakukan jika di hujung bacaan terdapat salah satu daripada 5 huruf qalqalah (ب د ق ط )

Jadi orang pertama untuk berikan ulasan atau cadangan

Please, login to leave a review