Kohuz Pembelajaran Asas (Kohuz Junior)

KOHUZ adalah kelas online haraki Ustaz Zakaria dimana anda kini boleh belajar al-Quran kaedah haraki secara online di hujung jari anda. Pembelajaran KOHUZ meliputi dari pengenalan huruf hijayyah sehingga ke pembelajaran tajwid. Matlamat utama kelas online haraki Ustaz Zakaria adalah memudahkan pelajar membaca al-Quran secara bertajwid menggunakan kaedah Haraki.

Kaedah Haraki adalah kaedah pembelajaran al-Quran dalam masa yang cepat, mudah dan santai oleh  Hj. Zakaria Nasirudin, mantan pensyarah di Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh. Kaedah ini merupakan hasil penyelidikan dan pemerhatian terhadap beberapa kaedah belajar asas membaca Al-Quran dan perbincangan telah dibuat bersama guru-guru al-Quran yang berpengalaman.

Pengajaran dan pembelajaran al-Quran menggunakan kaedah Haraki menjadikan suasana dan pembelajaran menjadi aktif (active learning) dan secara tidak langsung membolehkan pelajar membaca al-Quran dengan bertajwid.

Kaedah ini telah berjaya memenangi beberapa Anugerah Emas dalam Pertandingan Inovasi Peringkat IPGM, Negeri dan Antarabangsa. Pada 23 May 2015 Hj Zakaria telah terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2015 dan telah memenangi Anugerah Emas di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (iTEX 2015)

Apa yang akan anda peroleh dari KOHUZ ?

  • Membetulkan tanggapan bahawa membaca al-Quran itu sukar
  • Bersemangat untuk belajar al-Quran

Siapa yang boleh belajar KOHUZ?

  • Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar al-Quran
  • Tiada had umur
  • Yang sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk belajar mengaji
  • Jarak yang jauh untuk hadir ke kelas
  • Masih “merangkak-rangkak” dalam membaca al-Quran
  • Malu sebab dah berumur tetapi masih tidak tahu membaca al-Quran

Pengenalan

1
Persiapan sebelum belajar
10 Minit

Pada video permulaan ini Ustaz Zakaria akan menerangkan tentang persediaan awal untuk belajar seperti pemilihan tempat yang sesuai untuk belajar, badan kena segar, ada masa, sabar dan akhir sekali belajar dengan seronok.

2
Objektif belajar
10 Minit

Objektif belajar Al-Quran adalah untuk membaca Al-Quran secara bertajwid, selain itu ia juga dapat membentuk akhlak yang baik,mencari ketenangan, tingkatkan ilmu pengetahuan dan juga sebagai pedoman hidup.

3
Syarat belajar
11 Minit

6 syarat utama untuk menjadi pelajar iaitu mempunyai kecerdikan, keinginan, kesabaran, perbelanjaan, guru dan tempoh masa belajar.

4
Panduan belajar KOHUZ
10

Vokal

1
Huruf Vokal
12 minit

Vokal dalam Al-Quran adalah a i u dan tambah huruf n (tanwin). Peranan vokal adalah untuk kira suku kata di dalam ayat Al-Quran.

Huruf Hijaiyah/Konsonan

1
Titik Dimanakah Engkau Bahagian : 1
10 minit

Titik dimanakah engkau bahagian 1 melibatkan 4 huruf iaitu huruf ب ت ن ي . Setiap huruf ini ada penceritaan & pergerakan untuk memudahkan anda memahami tanpa perlu menghafal.

2
Titik Dimanakah Engkau Bahagian : 2
12 minit

Titik dimanakah engkau bahagian 2 melibatkan 3 huruf berikutnya iaitu huruf س ش ث . Setiap huruf ini ada penceritaan & pergerakan untuk memudahkan anda memahami tanpa perlu menghafal.

3
Tajam
12 minit
Ustaz Zakaria akan menerangkan huruf hijaiyah yang diberi nama huruf tajam. Ia melibatkan 3 huruf iaitu huruf ﺝ ح خ . Setiap huruf ini ada penceritaan & pergerakan untuk memudahkan anda memahami tanpa perlu menghafal.
4
Kepala
14 minit

Ustaz Zakaria akan menerangkan huruf hijaiyah yang diberi nama huruf kepala. Ia melibatkan 2 huruf iaitu huruf ﻉ غ . Setiap huruf ini ada penceritaan & pergerakan untuk memudahkan anda memahami tanpa perlu menghafal.

5
Doraemon Tidur Bahagian : 1
14 minit

Doraemon tidur bahagian 1 menceritakan tentang huruf ص ض . Setiap huruf ini ada penceritaan & pergerakan untuk memudahkan anda memahami tanpa perlu menghafal.

6
Doraemon Tidur Bahagian : 2
11 minit

Doraemon tidur bahagian 2 ini melibatkan huruf ط ظ yang mana setiap huruf ini ada penceritaan & pergerakan untuk memudahkan anda memahami tanpa perlu menghafal.

7
Mata Harimau
8 minit

Mata harimau ini melibatkan dua huruf hijaiyah iaitu huruf م ه (Mim & Ha). Setiap huruf ini ada penceritaan & pergerakan untuk memudahkan anda memahami tanpa perlu menghafal.

8
Dagu Zirafah
11 minit

Dagu zirafah melibatkan 5 huruf hijaiyah iaitu د ذ ر ز و . Setiap huruf ini ada penceritaan & pergerakan untuk memudahkan anda memahami tanpa perlu menghafal.

9
Filem Bertelur
10 minit

Filem bertelur ini melibatkan huruf ف ق . Setiap huruf ini ada penceritaan & pergerakan untuk memudahkan anda memahami tanpa perlu menghafal.

10
Ka..iL
9 minit

Video ini menerangkan tentang huruf hijaiyah yang diberi nama KaiL. Ia melibatkan huruf ک dan  ل . Setiap huruf ini ada penceritaan & pergerakan untuk memudahkan anda memahami tanpa perlu menghafal.

11
Pakcik Hamzah Bisu
10 minit

Pakcik Hamzah bisu adalah tentang huruf hamzah. Disebut bisu kerana tiada bunyi dan huruf (vokal dan konsonan)

Origami & Huruf Bersambung

1
Origami
11 minit

Origami adalah latihan huruf hijaiyah tunggal.Uji kefahaman anda setelah belajar kesemua huruf konsonan dengan membuat origami.

2
ATeR
11 minit

ATeR adalah singkatan "Awal Tengah akhiR" yang merangkumi huruf hijaiyah bersambung.

Jadi orang pertama untuk berikan ulasan atau cadangan

Please, login to leave a review