Ta Marbutah & Huruf Ringkas

Kursus ini menerangkan tentang bacaan untuk berhenti (waqaf) dalam pembacaan apabila berjumpa dengan Nun/Mim syaddah diakhir ayat serta apabila berjumpa huruf ta marbutah. Di video akhir pula Ustaz Zakaria menerangkan cara bacaan untuk huruf Muqattaah.

Tarian buang bermaksud matikan huruf ta marbutah seperti huruf ha manakala huruf muqattaah adalah huruf ringkas yang terdapat diawal surah, dimana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui maksud huruf-huruf tersebut. Cara bacaannya ialah dengan menyebut huruf hijaiyah tersebut dengan jelas.

Apa yang akan anda dapat:

  • Mengetahui cara berhenti (waqaf) yang betul
  • Membaca potongan ayat dengan betul
  • Mengetahui cara baca huruf muqattaah

Siapa yang boleh belajar KOHUZ?

  • Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar al-Quran
  • Tiada had umur
  • Yang sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk belajar mengaji
  • Jarak yang jauh untuk hadir ke kelas
  • Masih “merangkak-rangkak” dalam membaca al-Quran
  • Malu sebab dah berumur tetapi masih tidak tahu membaca al-Quran
1
Goncang
10 minit

Video ini menerangkan tentang cara memberhentikan bacaan (waqaf) dengan menggunakan tarian gengam dan goncang. Pergerakan ini dilakukan apabila berjumpa dengan nun/min syaddah di akhir ayat. Bacaan ditekankan dan wajib didengungkan dalam tempoh 2 harakat.

2
Buang
9 minit

Pembelajaran kali ini adalah tentang cara berhenti (waqaf) bacaan al-Quran. Ustaz Zakaria akan menerangkan tentang tarian tajwid iaitu tarian buang. Tarian ini dilakukan untuk matikan huruf ta marbutah seperti huruf ha.

3
Huruf Muqattaah
12 minit

Dalam huruf Muqattaah ini Ustaz Zakaria akan menerangkan tentang bacaan huruf ringkas. Huruf Muqattaah adalah huruf ringkas yang terdapat di awal surah. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu maksud huruf-huruf tersebut.Terdapat 3 cara bacaan iaitu 1 harakat, 2 harakat & 6 harakat.

Jadi orang pertama untuk berikan ulasan atau cadangan

Please, login to leave a review