Virus Alif

Eh kenapa virus alif, apa kena mengena dengan tajwid? Ini lah uniknya kaedah Haraki. Dalam kursus ini (video 28 hingga 31), Ustaz Zakaria akan menerangkan tentang beberapa tarian tajwid dengan menggunakan pergerakan apabila berjumpa simbol-simbol dalam al-Quran.

Dipermulaan video Ustaz akan menerangkan tentang tarian tepuk iaitu lebih dikenali sebagai qalqalah. Qalqalah adalah bunyi pantulan berdetak. Terjadinya qalqalah apabila diatasnya ada tanda mati atau sebelumnya berbaris atau dimatikan apabila diwaqafkan. Huruf yang terlibat ialah ب ﺝ د ق ط.

Virus pula dilakukan apabila berjumpa dengan Wau atau Ya mati (sukun) . Di dalam video ini juga, Ustaz ada menerangkan tentang Alif wasal. Alif wasal adalah huruf Alif dan diletakkan tanda seperti kepala huruf Sod. Terdapat beberapa cara bacaannya di mana Ustaz Zakaria akan perjelaskan di dalam video 30 & 31.

Apa yang akan anda dapat:

  • Mengenal huruf qalqalah
  • Membaca potongan ayat yang mempunyai huruf qalqalah dengan betul
  • Membaca ayat yang dimulai dengan Alif wasal dengan betul

Siapa yang boleh belajar KOHUZ?

  • Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar al-Quran
  • Tiada had umur
  • Yang sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk belajar mengaji
  • Jarak yang jauh untuk hadir ke kelas
  • Masih “merangkak-rangkak” dalam membaca al-Quran
  • Malu sebab dah berumur tetapi masih tidak tahu membaca al-Qura
1
Tepuk
9 minit

Tarian tepuk berlaku jika salah satu daripada huruf qalqalah ( ب د ق ط ) bertanda sukun atau dimatikan ketika bacaan diwakafkan maka dibunyikan pantulan sahaja.

2
Virus
10 minit

Dikenali juga sebagai huruf lin, tarian virus ini dilakukan apabila berjumpa dengan huruf و dan ي yang bertanda mati (sukun). Cara tarian virus ialah jari telunjuk kanan membentuk huruf V.

3
Alif Wasal Bahagian : 1
9 minit

Jika terdapat ﺍ (Alif) ل (Lam), bacaannya terus baris atas, jika bukan ﺍ (Alif) ل (Lam) lihat huruf ketiga, jika huruf ketiga ini baris atas atau bawah,maka bacaannya ialah baris bawah. Jika baris hadapan maka bacaannya baris hadapan.

4
Alif Wasal Bahagian : 2
9 minit

Dalam topik bahagian 2 ini, Ustaz Zakaria akan menerangkan tentang alif wasal bertemu tanwin. Cara bacanya ialah dengan membuang satu baris pada baris dua (tanwin/huruf N) dan menambah huruf nun berbaris bawah.

Jadi orang pertama untuk berikan ulasan atau cadangan

Please, login to leave a review